DAP tak perlu “paranoid” dan takut pada bayang-bayang sendiri – Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

0

Oleh : Mian Abdul

Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar meminta DAP dan parti lain tidak perlu ‘paranoid’ dan takut pada bayang-bayang sendiri bersabit usul undi percaya kepada Perdana Menteri.

Usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri bukan sebahagian daripada rancangan PAS membentuk Pakatan Nasional.

Jelasnya, PAS tidak tahu menahu mengenai Pakatan Nasional.

Sebaliknya ketika ini hanya lebih serius bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.

PAS turut menafikan terikat dengan Kerajaan Persekutuan dan menafikan menerima bantuan kewangan dari kerajaan pusat yang disalurkan kepada PAS Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Penyampaian Anugerah empower ECER Terengganu 2019 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) –THE MALAYA POST

Leave a Reply