Lawak santai dan comel Abam pasti akan dirindui semua

0

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Bocey amat dirasai terutamanya ahli keluarga, sahabat handai dan juga para peminat setia yang menyenangi lawak santai kumpulan yang turut dianggotai oleh Fad serta Achey.

Selain ahli keluarga terapat, sudah tentu dua ahli kumpulan Bocey, Fad serta Achey dilihat amat terkesan dengan pemergian arwah Abam.

Pada perkongsian di laman Instagram Fad, dia menyatakan ramai yang menyayangi arwah Abam dan memberitahu akan menziarahi pusara sahabat baiknya itu.

Perkongsian Achey di laman Instagram miliknya pula mengundang sedih dan sebak di kalangan selebriti mahupun para peminat apabila dia berkongsi foto anak arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang sedang lena dipangku olehnya.

Achey turut meminta para peminat dan orang ramai agar menonton Youtube @abam_bocik bagi menaikkan jumlah tontonan video berkenaan.

Pelakon popular, Fasha Sandha pula berkongsi paparan skrin perbualan terakhir bersama arwah Abam.

Pada perkongsian di laman Instagram, Fasha Sandha menyifatkan Abam seorang insan berhati mulia.

Bagi pelakon dan model, Harris Annuar, dengan kehadiran ramai yang menguruskan jenazah, pemergian arwah Abam amat dicemburui ramai.

Untuk rekod, Abam telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya, Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Selepas hampir dua tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia hampir lapan bulan.

Kehilangan pelawak dan pelakon Abam amat dirasai dan sudah pasti lawak comelnya akan terus dirindui semua.

Semoga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ditempatkan bersama para Syuhada dan para Salihin.

Al-Fatihah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply