147 pusat kuarantin masih beroperasi, 15,023 sedang jalani kuarantin wajib

0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebentar tadi berkongsi perkembangan terkini mengenai Pengurusan Pusat Kuarantin.

Pengurusan Pusat Kuarantin sehingga jam 8.00 pagi hari ini (9 Jun) dilaporkan sebanyak 147 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 150 pusat pada hari sebelumnya dengan jumlah 15,023 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Kelmarin, seramai 109 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, Filipina, China serta Belanda dikuarantin wajib.

“Sejak 3 April lalu, seramai 51,347 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak dan sehingga hari ini 41,509 individu telah selesai menjalani kuarantin secara wajib dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” ujar beliau.

Tambah beliau, mulai esok (10 Jun) aktiviti atau proses kuarantin wajib selama 14 hari dijalankan di kediaman masing-masing.

Ianya akan disahkan setelah mendapat keputusan negatif saringan COVID-19 yang akan dilakukan setiba di lapangan terbang.

Oleh yang demikian, pusat kuarantin di hotel juga akan mula ditutup.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply