1,349 kes kes positif, 1,270 kes sembuh, dua kematian – KP Kesihatan

0

Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 iaitu 1,349 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,270 kes.

Sebanyak dua kematian direkodkan manakala kes aktif sebanyak 14,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 186 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 94 kes memerlukan bantuan.

“Sarawak pula menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 419 kes diikuti Selangor, 343 kes dan Pulau Pinang, 185 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Terengganu, enam kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leave a Reply