132 individu ingkar PKPB telah ditahan dan direman

0

Sidang Media Khas PKPB hari ini (17 Mei) antara lain mengemaskini perkembangan terbaru ‘Task Force’ Operasi Pematuhan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sejumlah 70,461 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara.

Kira-kira 4,870 pasaraya, 4,600 restoran, 647 penjaja dan 1,201 kilang serta 3,536 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan turut dibuat melibatkan 1,541 terminal pengangkutan darat, 167 terminal pengangkutan air dan juga 72 terminal pengangkutan udara.

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan juga telah memeriksa 28,790 buah kenderaan persendirian, 1,473 kenderaan awam dan 484 vessel.

Turut diperiksa adalah 2,060 pasar awam, 3,679 tempat ibadah, 1,256 tempat riadah dan 446 tapak binaan.

Selain itu, 3,185 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan seramai 18,756 anggota.

Turut menyertai pemantauan semalam adalah anggota Majlis Keselamatan Negara.

Hasil daripada pemeriksaan berkenaan, 132 individu telah ditahan kelmarin atas kesalahan melanggar SOP dan telah direman.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply