13 panduan kekal ramping dan sihat sepanjang tempoh kawalan pergerakan

0

Hari keenam perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Malaysia kerana berjaya meningkatkan disiplin mematuhi arahan kawalan pergerakan bagi memutuskan rantaian virus COVID-19.

Mungkin ada yang dah “mati kutu”?

Dah berkilat lantai rumah sampai nampak gigi dek sepuluh kali mengemop rumah!

Rancangan kegemaran televisyen pun sudah beberapa kali khatam.

Makan pun tidak ikut jadual lagi dah!

Rata-rata pengguna laman media sosial memaparkan resepi masakan enak yang menggamit selera.

Lauk pauk, nasi goreng dan pencuci mulut nyata tidak dapat ditolak!

Maka ramailah ‘meroyan’ apabila menimbang berat badan!

Maklumlah asyik bersantap sahaja.
Kan, dah mendapat.

Di sini kami kongsikan tips untuk mengawal nafsu makan anda! Semoga bermanfaat.

1. Baca doa dan betulkan nawaitu

Makan ikut sunnah. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Pasti ada perbezaan.

2. Minum air terlebih dahulu

Samada air kosong atau jus buah buahan, terserah. Ini akan memberi rasa kenyang kepada perut. Pasti kita akan makan sedikit sahaja selepas itu.

3. Bermula dengan buah atau salad

Sup sayur juga bagus. Selain baik untuk sistem penghadaman, ia juga memberi khasiat kepada tubuh badan.

4. Kuatkan semangat!

Ambil makanan dalam jumlah sederhana. Lebihkan protein dan kalsium dalam pingganmu. Itu sahaja, tiada penambahan okey!

5. Kunyah perlahan-lahan

Nikmati keenakan makananmu.

6. Tingkat kekerapan mengambil makanan TETAPI dalam jumlah sedikit. Adalah disarankan sebanyak 5-6 kali sehari.

7. Kurangkan pengambilan makanan manis dan junk food. Kategori ini memanglah diketahui tidak baik dan tiada khasiat untuk tubuhmu.

8. Fokus ketika makan

Tanpa melakukan aktiviti lain ketika menjamu selera, anda akan ambil perhatian jumlah makanan yang diambil ketika itu. Kemungkinan untuk makan berlebihan dapat dikurangkan.

9. Tidur

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti membantu mengembalikan tenaga. Tidaklah kita keletihan dan asyik mahu makan sahaja. Tempoh tidur 6 – 8 jam sehari sesuai buat kita.

10. Tangani stress

Sesetengah dari kita lebih berkemahuan untuk makan ketika mengalami stress. Mungkin cara ini membantu melupakan masalah seketika.Tapi tanpa disedari, ia ‘membantu’ menambah berat badan! Chill ya!

11. Contohi Idola

Apa salahnya jika berangan-angan untuk cantik dan slim seperti selebriti atau artis kegemaranmu? Bagaimana ingin tampil bergaya dan berpenampilan seperti mereka, jika bentuk tubuh dan berat badan 3 kali ganda berlebihan dari idola anda? Mungkin perlu ada sedikit ‘cemburu’ kepada ibu beranak tiga namun mempunyai bentuk badan mengalahkan anak dara.

12. Ada yang monitor!

Suruh sahaja suami menegur kalau kita berlebihan dalam pengambilan makanan. Tapi janganlah sentap dan merajuk pula ya! ✌🏻

13. Berpuasa

Kajian mendapati dengan berpuasa, selain dapat merehatkan dan membersihkan usus, ia juga mampu mengurangkan berat badan. Kesihatan juga terpelihara.

Hakikatnya, dalam apa jua kemahuan ia bertitik tolak dan bermula dari hati. Kuatkan semangat dan betulkan niat, pasti dipermudahkan usaha.

Semoga berjaya 💪🏻

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply