13 Ahli Parlimen tidak serah Surat Akuan? Anwar hanya ada 92 SD?

0

Menurut sumber, sejumlah 13 Ahli Parlimen tidak menghantar Surat Akuan memilih Perdana Menteri ke-9  kepada Istana Negara sehingga waktu tamat penyerahan jam 4 petang semalam.

Ia di percayai dari blok pembangkang.

Sumber berkata, mengambil kira perkembangan ini, hanya 92 ahli parlimen sahaja dikatakan telah menandatangani surat akuan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

13 ahli parlimen dari Blok Pembangkang pula dikatakan tidak menyokong Datuk Seri Anwar sebagai PM-9

Pagi ini, bermula jam 10 pagi, 114 ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri dari blok Parti Perikatan Nasional, BN, GPS dan Bebas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Blok ahli parlimen yang mempunyai kelebihan surat akuan  sahaja diminta menghadap Agong manakala yang sebaliknya tidak akan dipanggil.

Difahamkan kesemua surat akuan ahli parlimen yang diserahkan semalam akan diperiksa semula kesahihannya hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada Jumaat pula calon PM-9 bakal dibincangkan dipertemuan khas Raja-raja Melayu dengan kemudian sesi ucara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply