12,838 premis telah disanitasi

0

Kira-kira 9,610 merangkumi 134 zon telah menjalani proses sanitasi awam sejak 30 Mac lalu.

Operasi sanitasi di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbabit telah melaksanakan ke atas 12,838 premis membabitkan 2,697 pusat perniagaan, 5,644 bangunan kerajaan, 1,594 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,594 tempat awam dan 354 pasar raya.

Sehingga 13 Ogos, kira-kira 10 operasi sanitasi meliputi 10 zon termasuk empat zon kuning dan enam zon hijau yang melibatkan empat buah negeri antaranya Sabah (7 operasi), Pahang, Pulau Pinang dan Kedah (1 operasi).

Operasi sanitasi ini melibatkan 58 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 26 anggota dari agensi-agensi lain dengan menggunakan dua buah jentera JBPM dalam pelaksanaan nyah kuman terbabit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply