Isu koyak poster KM Sabah: “mereka yang berada di lokasi sahaja mengetahui kejadian sebenar” – Papagomo

0

Isu koyak poster Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal.

Ahli Majlis tertinggi Pemuda Umno Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu sebaliknya berkata mereka yang berada di lokasi sahaja mengetahui kejadian sebenar.

“Insiden semalam biar aku je jadi punching bag. Mereka yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku semalam.

“Tak salahkan rakan BN yang turut sama serang aku kerana mereka tidak ada dilokasi kejadian. Pada aku matlamat sekarang ini hanyalah fokus pada kemenangan BN di PRK Kimanis terutama menang disemua PDM peti saluran pengundi muda.

“Bukan sekali Aku berkorban dan dikorbankan demi sebuah perjuangan. Radu Tatap Radu”, katanya kepada The Malaya Post. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply