12 SOP PKPB perlu dipatuhi ketika bekerja

0

Beberapa sektor ekonomi dan perniagaan akan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan pada 4 Mei.

Selaras dengan perkara ini, rakyat Malaysia khususnya kakitangan kerajaan akan mula kembali bertugas di pejabat bergantung sektor yang dibenarkan mulai esok.

Justeru, majikan perlu memastikan waktu kerja anjal agar tidak melibatkan jumlah pekerja yang ramai dalam satu masa yang sama.

Negara kini melalui trend norma baharu dan penting bagi setiap pekerja agar sentiasa mengamalkan perjarakkan sosial di tempat kerja.

12 SOP perlu dipatuhi semua pihak yang terlibat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berkerja, antaranya :

1) Polisi tidak bersalaman

2) Etika batuk dan bersin yang betul

3) Sediakan hand sanitizer di pintu masuk

4) Sentiasa beri peringatan penggunaan hand sanitizer

5) Tangguh mesyuarat dan acara berskala besar

6) Pekerja yang sakit mesti berada di rumah

7) Sentiasa disinfeksi permukaan yang kerap disentuh

8) Tingkatkan aliran udara dengan membuka tingkap

9) Bekerja dari rumah atau lakukan giliram bekerja secara berjadual

10) Elakkan berkongso makanan di tempat kerja

11) Nilai risiko perjalanan pekerja yang berurusan di luar pejabat

12) Tingkatkan saringan kesihatan dan kebersihan pengendali makanan dan kontak mereka

4 Mei 2020 akan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hampir semua sektor ekonomi negara akan dibuka…

Dikirim oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Jumat, 01 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply