15 petugas kesihatan positif COVID-19, salah seorang berada di ICU

0

Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham mengemaskini perkongsian 12 petugas kesihatan yang dijangkiti virus COVID-19 di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, setakat hari ini 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19.

Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19….

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Jumat, 20 Maret 2020

Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM kini berada di bilik rawatan ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau lagi, virus atau wabak ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan yang sentiasa berada di barisan hadapan medan perang wabak ini.

Beliau turut menitipkan pesanan ringkas mewakili warga KKM kepada orang ramai iaitu “Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah” tulis beliau.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply