12 April lihat anak bulan Ramadan

0
Gambar hiasan

Tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini.

Ia bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja turut memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Selain itu, katanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Lokasi berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Ia mencakupi Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply