1,131 warga Malaysia pulang ke tanah air dikuarantin wajib kelmarin

0

Sehingga jam 8.00 pagi hari ini (29 Mei 2020) , jumlah keseluruhan pusat kuarantin yang masih aktif di seluruh negara adalah 270.

Memetik ucapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebentar tadi, dari jumlah terbabit ,178 darinya digunakan utk menempatkan 13,230 Person Under Surveillance (PUS) manakala 92 pusat kuarantin lagi bersiap siaga untuk diaktifkan jika perlu.

Kelmarin, seramai 1,131 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, Thailand, China, Mesir, Laos, Jepun serta Belanda dan telah melalui proses dikuarantin wajib.

Manakala seramai 44,253 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ke tanah air sejak 3 April lalu telah dikuarantin wajib.

Sehingga hari ini, seramai 34,982 individu selesai menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply