10,996 premis telah disanitasi

0

Sejak 30 Mac lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan sejumlah 7,469 operasi sanitasi merangkumi 132 zon.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 10,996 premis disanitasi melibatkan 2,643 pusat perniagaan, 4,088 bangunan kerajaan, 1,581 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,332 tempat awam dan 352 pasar raya.

Kelmarin, dilaporkan sebanyak 43 operasi sanitasi dilakukan meliputi 37 zon di 12 buah negeri antaranya Sabah (11), Johor (8) dan Melaka (4).

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply