10 pegawai dan anggota polis terima darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis

0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis bagi tahun 2019 bertempat di Istana Negara.

Turut hadir pada berkenaan ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Dalam istiadat majlis terbabit, seramai 10 pegawai dan anggota polis menerima darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis.

Dua penerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), manakala tiga lagi menerima darjah kebesaran pangkat kedua iaitu Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP). Seorang menerima darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan empat yang lain merupakan penerima darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

18 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Posted by Istana Negara on Wednesday, 17 June 2020

Leave a Reply